Biar Jasa Jadi Kenangan
Rabu, 1 Mac 2017
Sabtu, 28 Januari 2017
Suasana Hari Pertandingan Serama 28/1/2017
Jutaan terima kasih dari PPASK kepada seluruh peminat ayam serama yang sudi menghadirkan diri bagi memeriahkan hari pertandingan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Biar jasa jadi kenangan.
Sabtu, 14 Januari 2017
Pertandingan Kecantikan Ayam Serama Negeri Kedah Anjuran PPASK Pada Sabtu 28/07/2017
Assalam dan salam sejahtera kepada semua peminat ayam serama tanah air. PPASK akan menganjurkan Pertandingan Kecantikan Serama bersekala kecil (BON 150) pada hari sabtu 28/07/2017. Segala butiran lanjut sila rujuk poster. Semua peminat serama dijemput hadir bagi memeriahkan hari pertandingan.
Selasa, 1 November 2016
Pertandingan Kecantikan Ayam Serama Anjuran KEMAS Negeri Kedah Pada Hari Jumaat 2016
Assalam dan selamat sejahtera kepada semua peminat ayam serama seluruh tanah air. PPASK sekali lagi akan menganjurkan BON bersekala kecil pada hari Jumaat 11/11/2016, semua peminat ayam serama dijemput hadir bagi memeriahkan hari pertandingan. PPASK juga berharap agar semua peminat dapat menghadirkan diri di tempat pertandingan lebih awal agar pertandingan dapat berakhir sebelum azan solat Jumaat. Segala butiran lanjut sila rujuk poster berikut:
Jumaat, 14 Oktober 2016
Kemudahan Bas ke Pertandingan Serama Negeri Kelantan 29/10/2016
Assalam & selamat sejahtera pada semua peminat serama dari utara tanah air Kedah, Perlis, Pulau Pinang. Pihak PPASK akan menyediakan kemudahan bas persiaran untuk memeriahkan game ayam serama negeri Kelantan pada 29/10/2016(SABTU) bertempat di Perkarangan Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan.
Tempat adalah terhad keran hanya sebuah bas yang disediakan
Tambang RM70 seorang.
Tambang RM70 seorang.
Isnin, 10 Oktober 2016
Langgan:
Catatan (Atom)

























