Biar Jasa Jadi Kenangan

Biar Jasa Jadi Kenangan

Sabtu, 9 Januari 2016

Mesyuarat Agung Kali ke2 PPASK

PPASK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir ke mesyuarat agung kali ke 2.. Jutaan terima kasih juga kepada seluruh jentera gerak kerja dalam PPASK yang menjayakan setiap acara dan pertandingan serama di dalam negeri Kedah.. PPASK turut mengucapkan tahniah kepada barisan atas organisasi PPASK pengal 2014/2015 iaitu Pengerusi PPASK Dr Wazir Bin Abdullah, Timbalan Pengerusi En. Abdul Gani, Setiausaha Cikgu Deraman dan Penolong Setiausaha Cikgu Abdullah di atas jasa mereka mengemudi PPASK ke arah satu matlamat kejayaan dalam menaikan ayam serama di negeri Kedah.. Semoga tahun 2016 ini memberi suntikan semangat kepada barisan baru PPASK yang terpilih di dalam mesyuarat agung bagi menjayakan objektif PPASK tahun 2016 ini.