Biar Jasa Jadi Kenangan
Sabtu, 23 April 2016
Game Jabatan Hutan ditangguhkan selepas hari raya
Mohon beribu kemaafan kpd semua peminat serama tanah air. Atas sebab tertentu game ini di tangguhkan selepas hari raya. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian.. sekali lagi PPASK memohon maaf..
Rabu, 30 Mac 2016
Pertandingan Seni Kecantikan Ayam Serama Anjuran Muzium Padi Kedah Pada 21/5/2016
Assalam dan selamat sejahtera kepada semua peminat ayam serama tanah air. PPASK sekali lagi ingin menjemput suadara suadari untuk memeriahkan hari pertandingan kelak.
Isnin, 21 Mac 2016
Ahad, 21 Februari 2016
Acara Best Of The Best
Tahniah kpd pemenang acara BOTB kerana berjaya merangkul kemenangan dlm kategori serama muda dengan kemenangan 3-1.
Suasana Hari Pertandingan Ayam Serama 20022016
Ribuan terima kasih kpd semua peminat ayam serama tanah air dan juga urus setia PPASK yang menjayakan hari pertandingan serama di Kompleks Belia & Sukan pada hari sabtu 20.02.2016. Jumlah penyertaan untuk pertandingan bersekala kecil ini adalah sebanyak 106 ekor ayam.
Sabtu, 9 Januari 2016
Mesyuarat Agung Kali ke2 PPASK
PPASK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir ke mesyuarat agung kali ke 2.. Jutaan terima kasih juga kepada seluruh jentera gerak kerja dalam PPASK yang menjayakan setiap acara dan pertandingan serama di dalam negeri Kedah.. PPASK turut mengucapkan tahniah kepada barisan atas organisasi PPASK pengal 2014/2015 iaitu Pengerusi PPASK Dr Wazir Bin Abdullah, Timbalan Pengerusi En. Abdul Gani, Setiausaha Cikgu Deraman dan Penolong Setiausaha Cikgu Abdullah di atas jasa mereka mengemudi PPASK ke arah satu matlamat kejayaan dalam menaikan ayam serama di negeri Kedah.. Semoga tahun 2016 ini memberi suntikan semangat kepada barisan baru PPASK yang terpilih di dalam mesyuarat agung bagi menjayakan objektif PPASK tahun 2016 ini.
Ahad, 29 November 2015
Langgan:
Catatan (Atom)














































